Skip to content

Seksyen 97

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 112 of 129

Seksyen 97

(1)

Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa jika pegawai memerintah itu telah menyiasat pertuduhan terhadap seseorang pegawai dilantik, atau terhadap seseorang askar-lasykar atau anggota sukarela (apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran.

(2)

Jika—

(a)

pertuduhan itu bukan suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus dan pegawai memerintah tidak menolaknya; atau

(b)

pertuduhan itu ialah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus tetapi pegawai memerintah berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak boleh dibicarakan sedemikian, dia hendaklah mengambil langkah yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.

(3)

Dalam apa-apa hal lain, pegawai memerintah hendaklah meneruskan untuk membicarakan terus pertuduhan itu; dan jika dia merekodkan suatu dapatan bersalah dia boleh, tertakluk pada peruntukan subseksyen (4), menjatuhkan satu hukuman atau lebih daripada hukuman yang berikut, iaitu:

Akta Angkatan Tentera 101

(a)

tahanan selama tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari, atau jika tertuduh itu seorang pegawai tidak bertauliah atau prebet atau yang setaraf dengannya yang berada dalam perkhidmatan giat, hukuman medan yang tidak melebihi sembilan puluh hari:

Dengan syarat bahawa—

(i)

sesuatu hukuman tahanan atau hukuman medan yang dijatuhkan oleh pegawai memerintah ke atas seseorang pegawai tidak bertauliah tidak boleh dijalankan sehingga hukuman itu telah diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan dan hanya setakat yang diluluskan sedemikian;

(ii)

jika seseorang pegawai memerintah menjatuhkan hukuman tahanan atau hukuman medan selama tempoh melebihi dua puluh lapan hari, bahagian yang lebih daripada dua puluh lapan hari itu hendaklah berkuat kuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat yang diluluskan oleh, sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan;

(b)

penurunan ke pangkat biasa atau apa-apa penurunan pangkat yang lebih rendah atau penurunan taraf, ke suatu pangkat yang tidak rendah daripada prebet atau yang setaraf dengannya dalam Tentera Darat, lasykar kelas 1

dalam Tentera Laut atau lasykar udara 1 dalam Tentera

Udara, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (5) dan (6), sesuatu hukuman supaya diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa penurunan pangkat yang lebih rendah atau penurunan taraf yang dikenakan oleh seseorang pegawai memerintah hendaklah berkuat kuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat yang diluluskan oleh, pihak berkuasa yang meluluskan;

(c)

denda;

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(d)

jika tertuduh itu seorang pegawai dilantik atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras atau amaran;

(e)

pelucuthakan lencana kelakuan baik, tetapi jika pelucuthakan itu mengakibatkan pelucuthakan pingat perkhidmatan lama dan kelakuan baik, sesuatu hukuman pelucutan lencana kelakuan baik hendaklah berkuat kuasa hanya jika diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan;

(f)

jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji;

(g)

apa-apa hukuman ringan yang dibenarkan pada masa ini dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini:

Dengan syarat bahawa tiada denda atau hukuman ringan boleh dikenakan bagi sesuatu kesalahan yang dikenakan hukuman tahanan, dan tiada denda boleh dikenakan bagi sesuatu kesalahan yang dikenakan hukuman medan.

(4)

Jika tertuduh seorang pegawai dilantik, pegawai memerintah tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukuman selain hukuman yang dinyatakan dalam perenggan (c), (d), (f ) dan (g) subseksyen terdahulu yang akhir disebut.

(5)

Jika tertuduh seorang lans koperal atau lans koperal meriam dan pegawai memerintah mendapatinya bersalah, pegawai memerintah boleh, jika dia tidak menjatuhkan apa-apa hukuman lain atau tiada apa-apa hukuman lain kecuali tahanan gaji, memerintahkan tertuduh itu supaya diturunkan ke pangkat biasa.

(6)

Jika tertuduh seorang pemangku pegawai waran atau pemangku pegawai tidak bertauliah, dan pegawai memerintah mendapatinya bersalah, pegawai memerintah itu boleh, jika dia tidak menjatuhkan apa-apa hukuman lain atau tiada apa-apa hukuman lain kecuali tahanan gaji, memerintahkan tertuduh itu kembali ke pangkat atau taraf tetapnya.

Akta Angkatan Tentera 103

(7)

Jika seseorang pegawai tidak bertauliah dijatuhi apa-apa tempoh hukuman tahanan atau hukuman medan, dia hendaklah juga diperintahkan supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf hingga ke gred yang lebih rendah daripada taraf lasykar kanan, mengikut mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa, jika pegawai memerintah tidak memerintahkannya supaya diturunkan pangkat sedemikian, hukuman pegawai memerintah itu sah tetapi hendaklah disifatkan termasuk suatu hukuman penurunan ke pangkat biasa atau penurunan taraf hingga ke gred yang lebih rendah daripada gred lasykar kanan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(8)

Jika seseorang pegawai memerintah mengenakan denda sebagai suatu hukuman bagi kesalahan mabuk, jumlah denda itu tidak boleh melebihi tiga puluh ringgit.

(9)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (3), jika pegawai memerintah telah memutuskan bahawa tertuduh itu bersalah dan jika pertuduhan itu telah dibicarakan terus dia hendaklah menjatuhkan hukuman lain selain amaran keras, amaran, denda atau hukuman ringan, atau jika dapatan bersalah itu (walau apa jua pun hukuman yang dijatuhkan) akan melibatkan pelucuthakan gaji (selain denda), pegawai memerintah tidak boleh merekodkan sesuatu dapatan sehingga tertuduh itu telah diberi peluang memilih supaya dibicarakan oleh mahkamah tentera; dan jika tertuduh memilih sedemikian dan tidak menarik balik pilihannya kemudiannya mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai memerintah itu tidak boleh merekodkan sesuatu dapatan bersalah tetapi hendaklah mengambil langkah yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.

(10)

Dalam seksyen ini “pihak berkuasa yang meluluskan” ertinya mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera sebagai pihak berkuasa yang meluluskan bagi maksud seksyen ini.

(11)

Jika sesuatu pertuduhan itu ialah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus, tetapi pegawai memerintah telah mengambil

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

langkah dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera, mana-mana pihak berkuasa yang lebih tinggi yang kepadanya pertuduhan itu telah dirujukkan boleh merujukkan kembali pertuduhan itu kepada pegawai memerintah supaya dibicarakan terus;

dan apabila rujukan sedemikian itu dilakukan pegawai memerintah itu hendaklah membicarakan pertuduhan itu seolah-olah dari mula dia berpendapat bahawa pertuduhan itu patut dibicarakan terus:

Dengan syarat bahawa sesuatu pertuduhan tidak boleh dirujukkan kembali jika tertuduh telah memilih supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera dan tidak menarik balik pilihannya.