Seksyen 88
Kesalahan awam
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan sesuatu kesalahan
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
awam sama ada dalam Malaysia atau di tempat lain melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.
(2)
Dalam Akta ini ungkapan “kesalahan awam” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang boleh dihukum mengikut undang-undang Persekutuan atau yang, jika dilakukan di dalam Malaysia, boleh dihukum mengikut undang-undang itu; dan dalam Akta ini ungkapan “kesalahan awam yang bersamaan” ertinya kesalahan awam yang jika dilakukan menjadi suatu kesalahan terhadap seksyen ini.
(3)
Seseorang yang disabitkan oleh mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh—
(a)
jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah derhaka, dijatuhi hukuman mati atau dikenakan apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini;
(b)
jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah bunuh, dijatuhi hukuman mati atau dikenakan apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini;
(c)
jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah pematian orang, dijatuhi hukuman pemenjaraan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh
Akta ini;
(d)
jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah rogol, dijatuhi hukuman pemenjaraan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan
(e)
dalam apa-apa hal lain, dikenakan apa-apa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah awam bagi kesalahan awam yang bersamaan, iaitu suatu hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini, atau sesuatu hukuman yang lebih ringan daripada hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah awam, sebagaimana yang diperuntukkan sedemikian:
Akta Angkatan Tentera 89
Dengan syarat bahawa jika sesuatu mahkamah awam tidak boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan, seseorang yang telah disabitkan sedemikian itu boleh dijatuhkan suatu hukuman yang lebih ringan daripada dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri
Paduka Baginda bagi seseorang pegawai atau tahanan bagi seseorang askar-lasykar, sebagaimana yang diperuntukkan demikian.
(4)
Seseorang tidak boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas kesalahan derhaka, bunuh, pematian orang atau rogol kecuali pada masa melakukan kesalahan itu orang itu berada dalam perkhidmatan giat atau berkhidmat di luar Malaysia.
Hukuman