Skip to content

Seksyen 89

Hukuman bagi pegawai

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 100 of 129
Seksyen 89

(1)

Hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas seseorang pegawai oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini, tertakluk pada had yang diperuntukkan kemudian daripada ini mengenai kuasa mahkamah tentera yang tertentu, ialah hukuman yang dinyatakan dalam skala yang berikut; dan berhubung dengan seseorang pegawai, sebutan dalam Akta ini mengenai hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini ialah sebutan mengenai hukuman itu.

(2)

Skala tersebut ialah—

(a)

hukuman mati;

(b)

pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi empat belas tahun;

(c)

dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri

Paduka Baginda;

(d)

dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda;

(e)

pelucuthakan kekananan pangkat atau, bagi seseorang pegawai yang kenaikan pangkatnya bergantung kepada

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

lamanya perkhidmatan, pelucuthakan seluruh atau mana-mana bahagian perkhidmatannya bagi maksud kenaikan pangkat;

(f)

dibuang kerja seseorang pegawai itu daripada kapal dia berkhidmat;

(g)

denda;

(h)

amaran keras;

(i)

amaran;

(j)

jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji.

(3)

Bagi maksud Bahagian ini sesuatu hukuman yang dinyatakan dalam mana-mana perenggan skala tersebut hendaklah dikira sebagai lebih ringan daripada hukuman yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya, dan lebih berat daripada hukuman dalam perenggan yang berikutnya, dalam skala itu.

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh

Akta ini, sesuatu mahkamah tentera hendaklah menjatuhkan satu hukuman sahaja berkenaan dengan semua kesalahan yang mengenainya tertuduh itu telah disabitkan.

(5)

Tahanan gaji boleh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera sama ada sebagai tambahan kepada atau tanpa apa-apa hukuman lain.

(6)

Sesuatu amaran keras atau amaran boleh dikenakan oleh mahkamah tentera sebagai tambahan kepada pelucuthakan kekananan pangkat atau denda.

(7)

Jika seseorang pegawai dihukum dengan pemenjaraan dia juga hendaklah dihukum supaya dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda:

Akta Angkatan Tentera 91

Dengan syarat bahawa, jika mahkamah tentera itu tidak menghukumnya supaya dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda, hukuman pemenjaraan itu sah tetapi hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu hukuman dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda.