Seksyen 94A
Ketua Provos Marsyal
Majlis Angkatan Tentera hendaklah melantik seorang Ketua
Provos Marsyal bagi ketiga-tiga Perkhidmatan.
(2)
Ketua Provos Marsyal hendaklah—
(a)
bertindak sebagai Pegawai Turus kepada Ketua Turus
Angkatan Tentera mengenai perkara tatatertib; dan
(b)
menjalankan fungsi Provos Marsyal—
(i)
jika dua Perkhidmatan atau lebih berkhidmat bersama di bawah seksyen 169; atau
(ii)
jika diarahkan oleh Majlis Angkatan Tentera berhubung dengan perkara tatatertib mengenai mana-mana satu Perkhidmatan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Provos Marsyal boleh—
(a)
dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera melantik apa-apa bilangan pegawai; dan
(b)
dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subperenggan (2)(b)(ii) mengarahkan pegawai provos
Perkhidmatan itu, untuk membantunya dalam menjalankan fungsinya.