Seksyen 90
Hukuman bagi askar-lasykar
(1)
Hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas seseorang askar-lasykar oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini, tertakluk pada had yang diperuntukkan kemudian daripada ini mengenai kuasa mahkamah tentera yang tertentu, ialah hukuman yang dinyatakan dalam skala yang berikut; dan berhubung dengan seseorang askar-lasykar, sebutan di bawah Akta ini mengenai hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini ialah sebutan mengenai hukuman tersebut.
(2)
Skala tersebut ialah—
(a)
hukuman mati;
(b)
pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi empat belas tahun;
(c)
dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri
Paduka Baginda;
(d)
dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda;
(e)
tahanan selama tempoh tidak melebihi dua tahun;
(f)
jika pesalah itu, sebagai seorang askar-lasykar, berada dalam perkhidmatan giat pada tarikh hukuman itu, hukuman medan selama tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari;
(g)
diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa penurunan pangkat yang lebih rendah atau diturunkan taraf ke suatu pangkat tidak rendah daripada prebet atau yang setaraf
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
dengannya dalam Tentera Darat, lasykar kelas I dalam
Tentera Laut atau lasykar udara I dalam Tentera Udara, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(h)
dalam hal seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah pelucuthakan kekananan pangkat;
(i)
jika kesalahan itu ialah tinggal tugas, pelucuthakan perkhidmatan;
(j)
denda;
(k)
dalam hal seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras atau amaran;
(l)
pelucuthakan pingat kelakuan baik atau lencana kelakuan baik atau kedua-duanya, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti apa-apa hukuman lain;
(m)
jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji.
(3)
Bagi maksud Bahagian ini sesuatu hukuman yang dinyatakan dalam mana-mana perenggan skala tersebut hendaklah dikira sebagai lebih ringan daripada hukuman yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya, dan lebih berat daripada hukuman yang dinyatakan dalam perenggan yang berikutnya, dalam skala itu:
Dengan syarat bahawa tahanan tidak boleh disifatkan sebagai suatu hukuman yang lebih ringan daripada pemenjaraan jika tempoh tahanan lebih panjang daripada tempoh pemenjaraan.
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam
Akta ini sesuatu mahkamah tentera hendaklah menjatuhkan satu hukuman sahaja berkenaan dengan semua kesalahan yang mengenainya tertuduh itu telah disabitkan.
(5)
Seseorang askar-lasykar yang dijatuhi hukuman pemenjaraan oleh mahkamah tentera boleh, sebagai tambahan kepada hukuman itu,
Akta Angkatan Tentera 93
dibuang kerja dengan keji daripada Perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda.
(6)
Jika seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah dijatuhi hukuman pemenjaraan, tahanan atau hukuman medan oleh mahkamah tentera, dia juga hendaklah dihukum supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf ke suatu gred yang lebih rendah daripada gred ketua lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa, jika mahkamah tentera itu tidak menghukumnya supaya diturunkan pangkat sedemikian, hukuman itu sah tetapi hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu hukuman supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf hingga ke suatu gred yang lebih rendah daripada gred ketua lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7)
Dalam hal seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras atau amaran boleh dikenakan oleh mahkamah tentera sebagai tambahan kepada pelucuthakan kekananan pangkat atau denda.
(8)
Tahanan gaji boleh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera sama ada sebagai tambahan kepada atau tanpa apa-apa hukuman lain.
(9)
Jika pesalah itu telah dijatuhi hukuman tahanan oleh sesuatu mahkamah tentera, dan kemudian dia dijatuhi hukuman pemenjaraan oleh sesuatu mahkamah tentera, mana-mana bahagian hukuman tahanan yang belum lagi dijalani oleh pesalah itu hendaklah diremitkan menurut kuasa subseksyen ini.
(10)
Tanpa menyentuh kesahan apa-apa hukuman yang dikenakan, seseorang pesalah tidak boleh ditahan terus-menerus selama lebih daripada dua tahun di bawah Akta ini.