Skip to content

Seksyen 100

Pengakuan salah kerana tinggal tugas oleh askar-lasykar

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 115 of 129
Seksyen 100
(1)

Jika, mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Bahagian ini, seseorang askar-lasykar menandatangani suatu pengakuan salah secara bertulis bahawa dia telah bersalah kerana tinggal tugas, pegawai memerintahnya boleh walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan terdahulu yang disebut dalam Bahagian ini, mengemukakan pengakuan salah itu untuk dipertimbangkan oleh

Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang disebut terdahulu.

Akta Angkatan Tentera 107

(2)

Selepas menimbangkan apa-apa pengakuan salah itu Majlis

Angkatan Tentera atau pegawai yang disebut terdahulu boleh mengarahkan supaya kesalahan itu tidak dibicarakan oleh mahkamah tentera atau dibicarakan terus oleh pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau pegawai memerintah, dan jika sesuatu arahan itu diberi, tempoh perkhidmatan pesalah yang berkenaan dengannya dia mengaku telah meninggalkan tugas hendaklah dilucuthakkan.

(3)

Sesuatu arahan di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut boleh memperuntukkan selanjutnya bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian perkhidmatan pesalah itu yang terdahulu daripada tempoh yang berkenaan dengannya itu dia mengaku telah meninggalkan tugas seperti yang disebut terdahulu hendaklah juga dilucuthakkan.

Pegawai yang dikehendaki bertindak sebagai pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan