Skip to content

Seksyen 99

Penolakan pertuduhan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 114 of 129
Seksyen 99

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam kedua-dua seksyen terdahulu yang akhir disebut, jika sesuatu pertuduhan—

(a)

telah dirujukkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera; atau

(b)

telah dikemukakan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk diputuskan tentang bagaimana pertuduhan itu hendak dibicarakan, pihak berkuasa itu boleh, tertakluk pada peruntukan seksyen ini, merujukkan pertuduhan itu kembali kepada pegawai memerintah bagi tertuduh itu dengan arahan supaya pertuduhan itu ditolak, dan dalam hal sedemikian pegawai memerintah itu hendaklah menolak pertuduhan itu.

(2)

Sesuatu pertuduhan yang dirujukkan kembali menurut seksyen ini tidak boleh memudaratkan sesuatu pertuduhan lain dibuat jika diarahkan sedemikian oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi itu atau difikirkan patut oleh pegawai memerintah.