Seksyen 97
Pengeluaran perakuan syer
ActIn forceProvision 97 of 159
Seksyen 97
(1)
Sesuatu syarikat tidak dikehendaki untuk mengeluarkan perakuan syer melainkan jika suatu permohonan oleh pemegang syer bagi mendapatkan suatu perakuan yang berhubungan dengan syer bagi pemegang syer dalam syarikat itu telah diterima atau selainnya diperuntukkan oleh perlembagaannya.
(2)
Apa-apa perakuan syer yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat hendaklah dikeluarkan mengikut Subpenggal ini.