Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
216. Tanggungjawab bagi tindakan pewakilan
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh
Akta ini, perlembagaan atau mana-mana ketetapan Lembaga atau anggota syarikat, pengarah boleh mewakilkan mana-mana kuasa
Lembaga kepada mana-mana jawatankuasa kepada Lembaga, pengarah, pegawai, pekerja, pakar atau mana-mana orang lain.
Jika pengarah telah mewakilkan mana-mana kuasa, pengarah itu adalah bertanggungjawab bagi penjalanan kuasa itu oleh pewakilan seolah-olah kuasa itu telah dijalankan oleh pengarah itu sendiri.
Pengarah tidak bertanggungjawab di bawah subseksyen (2)
jika—
pengarah itu mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa pada setiap masa pewakilan itu akan menjalankan kuasa tersebut selaras dengan kewajipan yang dikenakan ke atas pengarah di bawah Akta ini dan perlembagaan syarikat, jika ada; dan
pengarah itu mempercayai atas alasan yang munasabah, dengan suci hati dan selepas membuat siasatan yang sepatutnya, jika hal keadaan itu menunjukkan perlunya siasatan diadakan, bahawa pewakilan itu boleh diharapkan dan berwibawa berhubung dengan kuasa yang diwakilkan itu.
Syarikat 269