Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
218. Larangan terhadap penggunaan tidak wajar harta, jawatan, dsb
Feedback & supportSeseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh, tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung—
menggunakan harta syarikat;
menggunakan apa-apa maklumat yang diperoleh menurut kuasa kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai syarikat;
menggunakan kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai syarikat sedemikian;
menggunakan apa-apa peluang syarikat yang diketahuinya, dalam melaksanakan fungsinya sebagai pengarah atau pegawai syarikat; atau
terlibat dalam perniagaan yang bersaing dengan syarikat,
270 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
bagi mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan syarikat itu terjejas.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.