Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
246. Sistem kawalan dalaman
Feedback & supportPengarah suatu syarikat awam atau subsidiari bagi syarikat awam hendaklah mempunyai suatu sistem kawalan dalaman yang akan memberi jaminan yang munasabah bahawa—
aset syarikat itu dilindungi terhadap kerugian akibat penggunaan atau pelupusan yang tidak dibenarkan dan dapat memberikan keterangan aset yang sepatutnya; dan
semua transaksi dibenarkan dengan sepatutnya dan transaksi itu direkodkan yang perlu untuk membolehkan penyata kewangan syarikat yang benar dan patut disediakan.
Mana-mana pengarah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.