Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
260. Kewajipan untuk menyerah simpan perakuan yang berhubungan dengan syarikat persendirian terkecuali
Feedback & supportSuatu syarikat persendirian terkecuali boleh menyerah simpan dengan Pendaftar bagi setiap tahun kewangan suatu perakuan yang berhubungan dengan statusnya sebagai syarikat persendirian terkecuali sebagai ganti kehendak dalam perenggan 259(1)(a) dalam masa tiga puluh hari dari pengedaran penyata kewangan dan laporan itu yang diedarkan di bawah seksyen 258.
Perakuan itu hendaklah ditandatangani oleh pengarah, juruaudit dan setiausaha syarikat yang mengesahkan bahawa—
syarikat itu adalah dan mempunyai pada setiap masa yang berkaitan merupakan suatu syarikat persendirian terkecuali;
suatu penyata kewangan dan laporan teraudit sewajarnya yang dikehendaki di bawah Akta ini telah diedarkan kepada anggotanya; dan
pada tarikh yang penyata kewangan itu dibuat, syarikat itu ternyata berupaya menanggung liabilitinya jika dan apabila ia kena dibayar.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syarikat 319
Pernyataan juruaudit