Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
251. Penyata kewangan hendaklah diluluskan oleh Lembaga
Feedback & supportPenyata kewangan hendaklah—
diluluskan oleh Lembaga; dan
disertakan dengan suatu akuan berkanun oleh seorang pengarah atau jika pengarah itu tidak mempunyai tanggungjawab utama dalam pengurusan kewangan syarikat, oleh orang yang bertanggungjawab dalam memberikan pendapatnya mengenai ketepatan atau selainnya penyata kewangan itu dan jika berkenaan, penyata kewangan disatukan.
Pengarah itu hendaklah membuat suatu pernyataan mengikut ketetapan Lembaga yang menyatakan sama ada pada pendapatnya penyata kewangan itu atau jika berkenaan penyata kewangan disatukan itu adalah atau disediakan, mengikut piawaian perakaunan yang terpakai, untuk memberikan gambaran yang benar dan patut tentang kedudukan kewangan dan prestasi kewangan syarikat dan kumpulan syarikat.
Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarah dan dalam hal seseorang pengarah tunggal, oleh pengarah itu, dan hendaklah dilampirkan dengan penyata kewangan itu untuk diedarkan mengikut seksyen 257.
Berkenaan dengan apa-apa salinan penyata kewangan yang diedarkan, disiarkan atau dikeluarkan oleh suatu syarikat, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
312 Undang-Undang Malaysia AKTA 777