Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
250. Subsidiari hendaklah dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan
Feedback & supportPenyata kewangan disatukan bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah termasuk semua subsidiari bagi sesuatu syarikat.
Jika penyata kewangan disatukan itu tidak memasukkan subsidiari bagi syarikat, pengarah hendaklah menzahirkan melalui nota pada penyata kewangan itu dengan menyatakan sebabnya kerana tidak menggabungkan satu atau lebih subsidiari dalam penyata kewangan itu.
Dalam hal suatu subsidiari yang diperbadankan di suatu negara di luar Malaysia, sama ada ia telah menubuhkan tempat perniagaan di Malaysia atau tidak, yang negara itu telah diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta sebagai negara yang seksyen ini terpakai, adalah mencukupi sekiranya akaun untung rugi atau kunci kira-kira yang berasingan, mengikut kehendak keadaan, bagi subsidiari itu dalam apa-apa bentuk dan dilaporkan sedemikian oleh juruaudit dan mengandungi apa-apa butir-butir dan termasuklah apa-apa dokumen, jika ada, sebagaimana yang syarikat itu dikehendaki membuatnya dan membentangkan di hadapan syarikat dalam suatu mesyuarat agung mengikut undang-undang yang pada masa ini terpakai bagi syarikat di tempat ia diperbadankan.
Bagi maksud subseksyen (1), syarikat pemegangan hendaklah mempunyai kuasa untuk meminta semua maklumat yang berkaitan daripada subsidiarinya untuk memastikan pematuhan di bawah seksyen ini.
Syarikat 311
Mana-mana pengarah yang tidak mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.