Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
249. Section 249
Feedback & supportPenyata kewangan tahunan bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah memberikan gambaran yang benar dan patut tentang kedudukan kewangan setakat akhir tahun kewangan itu dan prestasi kewangan bagi tahun kewangan syarikat.
Penyata kewangan tahunan disatukan bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah—
memberikan gambaran yang benar dan patut tentang kedudukan kewangan syarikat dan semua subsidiarinya yang diperkatakan dalam penyata kewangan disatukan itu sebagai keseluruhan pernyataan pada akhir tahun kewangan; dan
memberikan gambaran yang benar dan patut tentang prestasi kewangan syarikat dan semua subsidiarinya yang dinyatakan dalam penyata kewangan disatukan itu secara menyeluruh bagi tahun kewangan itu.
Bagi maksud Penggal ini, Pendaftar boleh menghendaki maklumat tambahan yang disifatkannya patut selain maklumat yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang disebut dalam seksyen 26D
Akta Laporan Kewangan 1997 dalam penyata kewangan orang yang melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa yang disebut dalam subseksyen 244(6).
Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berkaitan bagi piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai, penyata kewangan hendaklah mengandungi, dalam catatan kepada pernyataan itu, maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
saraan pengarah;
Syarikat 309
faedah persaraan pengarah;
pampasan kepada pengarah bagi kehilangan jawatan;
pinjaman, pinjaman kuasi dan urusan lain yang memihak kepada pengarah;
jumlah keseluruhan amaun yang dibayar kepada atau diterima oleh juruaudit atas saraan bagi perkhidmatan mereka sebagai juruaudit, termasuk semua fi, peratusan, atau bayaran atau balasan lain yang diberikan oleh atau daripada syarikat itu atau oleh atau daripada mana-mana subsidiari syarikat itu.
Apa-apa dokumen, selain penyata kewangan yang disediakan mengikut Akta ini atau iklan yang disiarkan, dikeluarkan atau diedarkan oleh atau bagi pihak sesuatu syarikat, selain perbadanan perbankan, tidak boleh mengandungi apa-apa representasi langsung atau tidak langsung bahawa syarikat itu mempunyai apa-apa rizab melainkan jika representasi itu disertakan—
jika rizab itu dilaburkan di luar perniagaan syarikat, dengan pernyataan yang menunjukkan cara ia dilaburkan dan jaminan bagi pelaburan itu; atau
jika rizab itu sedang digunakan dalam perniagaan syarikat, dengan pernyataan yang menyatakan bahawa rizab itu sedang digunakan sedemikian.
Jika suatu syarikat yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan insurans atau takaful dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan mengikut bentuk yang ditetapkan oleh undang-undang itu, syarikat itu hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak piawaian perakaunan diluluskan jika penyata kewangannya disediakan mengikut undang-undang itu.
Jika syarikat itu menjalankan perniagaan selain perniagaan insurans atau takaful setakat yang undang-undang itu tidak menghendaki syarikat itu menguruskan apa-apa perkara yang dikehendaki untuk diuruskan di bawah piawaian perakaunan
310 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
diluluskan, syarikat itu hendaklah mematuhi seksyen ini dan piawaian perakaunan diluluskan itu.
Syarikat pemegangan mana-mana syarikat yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan insurans atau takaful hendaklah disifatkan mematuhi kehendak piawaian perakaunan diluluskan yang berhubungan dengan penyediaan penyata kewangannya dengan syarat bahawa ia tidak menjalankan perniagaan lain kecuali sebagai syarikat pemegangan.