Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

257. Kewajipan untuk mengedarkan salinan penyata kewangan dan laporan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap syarikat hendaklah menghantar suatu salinan penyata kewangan dan laporan bagi setiap tahun kewangan kepada—

(a)

tiap-tiap anggota syarikat;

(b)

tiap-tiap orang yang berhak menerima notis mesyuarat agung;

316 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(c)

tiap-tiap juruaudit syarikat; dan

(d)

tiap-tiap pemegang debentur syarikat atas suatu permintaan yang dibuat kepada syarikat.

(2)

Salinan penyata kewangan dan laporan itu hendaklah dihantar ke alamat yang terakhir diketahui yang diberikan kepada syarikat.

(3)

Mana-mana anggota atau pemegang debentur yang kepadanya salinan penyata kewangan dan laporan tidak dihantar hendaklah, atas permintaan yang dibuat oleh anggota atau pemegang debentur itu kepada syarikat diberikan salinan itu tanpa bayaran.

(4)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules