Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

252. Pengarah hendaklah menyediakan laporan pengarah

Feedback & support
(1)

Pengarah syarikat hendaklah menyediakan bagi setiap tahun kewangan suatu laporan dan laporan sedemikian hendaklah dilampirkan dengan penyata kewangan yang disediakan di bawah seksyen 248.

(2)

Suatu laporan pengarah—

(a)

hendaklah diluluskan oleh Lembaga; dan

(b)

hendaklah ditandatangani bagi pihak pengarah oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarah, atau dalam hal seorang pengarah tunggal, pengarah itu.

(3)

Tiap-tiap salinan laporan pengarah yang dibentangkan di hadapan syarikat dalam suatu mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 340, atau dihantar kepada anggota di bawah seksyen 257 atau selainnya diedarkan, disiarkan atau dikeluarkan oleh syarikat itu hendaklah menyatakan nama orang yang menandatangani laporan itu bagi pihak pengarah.

(4)

Mana-mana pengarah yang gagal mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules