Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

247. Tempoh perakaunan syarikat dalam kumpulan yang sama

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (10), (11) dan (12), pengarah tiap-tiap syarikat pemegangan yang bukan suatu syarikat asing hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa dalam masa dua tahun selepas mana-mana perbadanan

Syarikat 305

menjadi subsidiari bagi syarikat pemegangan itu, tahun kewangan perbadanan itu sama dengan tahun kewangan syarikat pemegangan itu.

(2)

Jika tahun kewangan bagi suatu syarikat pemegangan yang bukan suatu syarikat asing dan setiap satu daripada subsidiarinya adalah sama, pengarah syarikat pemegangan itu hendaklah pada setiap masa mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa tahun kewangan syarikat pemegangan atau mana-mana subsidiarinya tidak diubah supaya semua tahun kewangan tersebut tidak sama dengan syarikat pemegangan itu melainkan jika keizinan Pendaftar didapatkan.

(3)

Jika pengarah syarikat pemegangan berpendapat bahawa terdapat sebab yang wajar tentang mengapa tahun kewangan mana-mana subsidiarinya tidak boleh sama dengan tahun kewangan syarikat pemegangan itu, pengarah boleh memohon secara bertulis kepada Pendaftar tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum pengedaran penyata kewangan syarikat pemegangan untuk mendapatkan suatu perintah yang membenarkan mana-mana subsidiari itu terus mempunyai atau menerima pakai, mengikut kehendak keadaan, tahun kewangan yang tidak sama dengan syarikat pemegangan itu.

(4)

Permohonan itu hendaklah disokong dengan suatu pernyataan oleh pengarah syarikat pemegangan yang menyatakan sebab bagi mendapatkan perintah itu.

(5)

Pendaftar boleh menghendaki pengarah yang membuat suatu permohonan di bawah seksyen ini untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengendalian syarikat pemegangan dan mana-mana perbadanan yang disifatkan menurut kuasa seksyen 7 sebagai berkaitan dengan syarikat pemegangan itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu.

(6)

Dalam menentukan permohonan itu, Pendaftar boleh, atas perbelanjaan syarikat pemegangan yang pemohon itu merupakan pengarah, meminta mana-mana juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat dan melaporkan tentang permohonan itu.

306 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(7)

Pendaftar boleh membuat suatu perintah yang membenarkan atau menolak permohonan atau membenarkan permohonan itu tertakluk pada apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkannya patut dan hendaklah menyampaikan perintah itu kepada syarikat pemegangan itu.

(8)

Pemohon yang terkilan dengan mana-mana perintah yang dibuat oleh Pendaftar boleh merayu terhadap perintah itu kepada Menteri dalam masa dua bulan selepas penyampaian perintah itu kepada syarikat pemegangan.

(9)

Menteri hendaklah menentukan rayuan itu dan dalam menentukan rayuan itu, boleh membuat apa-apa perintah yang

Pendaftar mempunyai kuasa untuk membuat ke atas permohonan asal dan boleh menjalankan mana-mana kuasa yang mungkin dijalankan oleh Pendaftar berhubung dengan permohonan asal itu.

(10)

Jika pengarah syarikat pemegangan telah memohon kepada

Pendaftar untuk mendapatkan suatu perintah yang membenarkan mana-mana subsidiari untuk terus mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan syarikat pemegangan itu, kuat kuasa subseksyen (1) hendaklah digantung berhubung dengan subsidiari itu sehingga penentuan permohonan dan apa-apa rayuan yang berbangkit daripada permohonan itu.

(11)

Jika suatu perintah dibuat yang membenarkan mana-mana subsidiari untuk mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan syarikat pemegangan itu, pematuhan terhadap terma perintah

Pendaftar itu atau jika terdapat rayuan, pematuhan terhadap terma apa-apa perintah yang dibuat semasa penentuan rayuan itu hendaklah disifatkan sebagai pematuhan kepada subseksyen (1) berhubung dengan subsidiari itu.

(12)

Jika suatu permohonan bagi mendapatkan suatu perintah untuk membenarkan mana-mana subsidiari untuk mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan syarikat pemegangan itu dan rayuan, jika ada, yang berbangkit daripada permohonan itu ditolak, masa yang dalamnya pengarah syarikat pemegangan itu dikehendaki untuk mematuhi subseksyen (1) berhubung dengan subsidiari itu hendaklah disifatkan sebagai tempoh dua belas bulan selepas tarikh

Syarikat 307

yang perintah Pendaftar itu disampaikan kepada syarikat pemegangan itu atau tempoh dua belas bulan selepas penentuan rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(13)

Jika pengarah syarikat pemegangan telah memohon kepada

Pendaftar untuk mendapatkan suatu perintah yang membenarkan mana-mana subsidiarinya untuk terus mempunyai atau menerima pakai tahun kewangan yang tidak sama dengan tahun kewangan syarikat pemegangan itu dan permohonan serta rayuan itu, jika ada, yang berbangkit daripada permohonan itu, ditolak, maka pengarah syarikat pemegangan itu tidak boleh membuat permohonan yang sama berkenaan dengan subsidiari itu dalam masa tiga tahun selepas penolakan permohonan itu atau jika terdapat rayuan, selepas penentuan rayuan itu melainkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa telah terdapat perubahan substansial mengenai fakta atau hal keadaan yang berkaitan sejak penolakan permohonan atau penentuan rayuan terdahulu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(14)

Mana-mana pengarah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules