Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
255. Pelepasan daripada kehendak mengenai bentuk dan kandungan penyata kewangan dan laporan pengarah
Feedback & supportPengarah syarikat boleh memohon kepada Pendaftar secara bertulis bagi mendapatkan suatu perintah untuk melepaskannya daripada kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan atau bentuk dan kandungan laporan pengarah yang dikehendaki di bawah seksyen 252 dan 253 dan Pendaftar boleh membuat perintah itu sama ada dengan tidak bersyarat atau bersyarat bahawa pengarah mematuhi apa-apa kehendak lain yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan atau laporan pengarah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar untuk dikenakan.
Permohonan bagi suatu perintah pelepasan di bawah subseksyen (1) tidak boleh diberikan jika Pendaftar berpendapat bahawa perintah itu tidak akan selaras dengan piawaian perakaunan diluluskan.
Pendaftar boleh jika dia berpendapat adalah wajar untuk membuat suatu perintah berkenaan dengan apa-apa kelas syarikat bagi melepaskan pengarah syarikat dalam kelas itu daripada pematuhan mana-mana kehendak yang dinyatakan dalam Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan atau bentuk dan kandungan laporan pengarah yang dikehendaki oleh seksyen 252 dan 253.
Perintah di bawah subseksyen (3) boleh dibuat sama ada dengan tidak bersyarat atau bersyarat bahawa pengarah syarikat mematuhi apa-apa kehendak lain yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan atau laporan pengarah yang disifatkan patut oleh Pendaftar untuk dikenakan.
Pendaftar tidak boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpendapat bahawa pematuhan kehendak Akta ini akan—
Syarikat 315
menjadikan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan atau laporan pengarah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai mengelirukan atau tidak wajar bagi hal keadaan syarikat; atau
mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas syarikat atau mana-mana pegawai syarikat.
Pendaftar boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) yang boleh terhad kepada suatu tempoh tertentu dan boleh membuat keputusan untuk mengubah, menggantung atau membatalkan mana-mana perintah itu atas permohonan oleh pengarah atau tanpa apa-apa permohonan, yang dalam hal itu
Pendaftar hendaklah memberikan kepada pengarah itu peluang untuk didengar.