Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
245. Akaun hendaklah disimpan
Feedback & supportSesuatu syarikat, pengarah dan pengurus suatu syarikat hendaklah—
menyebabkan supaya disimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang akan secukupnya menjelaskan transaksi dan kedudukan kewangan syarikat dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang betul dan tepat dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk dilampirkan dengannya disediakan; dan
Syarikat 303
menyebabkan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain disimpan mengikut cara yang membolehkan rekod perakaunan dan rekod lain itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
Syarikat, pengarah dan pengurus syarikat hendaklah menyebabkan supaya catatan yang sewajarnya dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dalam masa enam puluh hari dari selesainya transaksi yang berhubung dengan catatan itu.
Syarikat hendaklah memegang simpan rekod yang disebut dalam subseksyen (1) itu selama tujuh tahun selepas selesainya transaksi atau pengendalian yang berhubung dengan catatan itu.
Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh pengarah, dan hendaklah pada setiap masa dibuka bagi pemeriksaan oleh pengarah.
Walau apa pun subseksyen (4), rekod perakaunan dan rekod lain bagi pengendalian di luar Malaysia bolehlah disimpan oleh syarikat itu di suatu tempat di luar Malaysia dengan syarat bahawa rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah dihantar dan disimpan di suatu tempat di Malaysia dan dijadikan tersedia untuk diperiksa oleh pengarah pada setiap masa.
Rekod perakaunan dan rekod lain yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah termasuk apa-apa pernyataan dan penyata berkenaan dengan urusan yang diperkatakan dalam rekod yang disimpan sedemikian untuk membolehkan penyediaan suatu penyata kewangan yang benar dan patut dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk dilampirkan dengan penyata kewangan itu.
Jika mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Malaysia di bawah subseksyen (4) atau (5),
Pendaftar boleh menghendaki syarikat untuk mengemukakan rekod itu di suatu tempat di Malaysia atau menentukan jenis dan cara rekod itu hendaklah disimpan di Malaysia.
304 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Mahkamah boleh, dalam apa-apa hal tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain syarikat dibuka untuk pemeriksaan oleh juruaudit syarikat yang diluluskan yang bertindak bagi pihak pengarah, tertakluk pada suatu aku janji bertulis yang diberikan kepada Mahkamah bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit semasa pemeriksaannya tidak boleh dizahirkan olehnya kecuali kepada pengarah itu.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.