Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

261. Section 261

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat yang tidak dikehendaki oleh Akta ini untuk menyerah simpan penyata kewangan dengan Pendaftar hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu pernyataan yang berhubungan dengan penyata kewangan syarikat itu yang dikehendaki untuk diedarkan kepada anggotanya, yang ditandatangani oleh juruaudit syarikat—

(a)

menyatakan sama ada syarikat itu pada pendapatnya telah menyimpan rekod perakaunan dan buku lain yang sewajarnya semasa tempoh yang terangkum dalam akaun itu;

(b)

menyatakan sama ada penyata kewangan itu telah diaudit mengikut Akta ini;

(c)

menyatakan sama ada laporan juruaudit bagi penyata kewangan itu telah dibuat tertakluk pada apa-apa kelayakan atau pendapat di bawah mana-mana piawaian pengauditan yang terpakai, atau termasuk apa-apa ulasan yang dibuat di bawah subseksyen 266(3) dan, jika demikian, butir-butir kelayakan atau ulasan itu; dan

(d)

menyatakan sama ada pada tarikh penyata kewangan itu dibuat, syarikat itu ternyata berupaya menanggung liabilitinya jika dan apabila ia kena dibayar.

(2)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

320 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Subpenggal 2

Juruaudit

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules