Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
241. Kehendak untuk berdaftar dengan Pendaftar
Feedback & supportMana-mana orang yang layak untuk bertindak sebagai setiausaha dan yang berhasrat untuk bertindak sebagai setiausaha hendaklah berdaftar di bawah seksyen ini sebelum dia boleh bertindak sebagai setiausaha.
Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya suatu daftar setiausaha disimpan dan hendaklah menyebabkan supaya dicatatkan dalam daftar itu berhubung dengan setiausaha—
nama setiausaha itu;
alamat kediaman dan alamat perniagaan setiausaha itu;
butir-butir kelayakan yang disebut dalam subseksyen 235(2);
dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pendaftar.
Pendaftar, sebelum mendaftarkan orang itu, boleh—
menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa keterangan sehingga Pendaftar berpuas hati dengan kelayakan yang dinyatakan di bawah subseksyen 235(2);
Syarikat 299
mengenakan apa-apa syarat lain yang disifatkannya patut.
Jika kehendak di bawah subseksyen (3) dipenuhi, Pendaftar hendaklah—
mencatatkan butir-butir itu dalam daftar setiausaha; dan
mengeluarkan suatu perakuan amalan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
Pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, seseorang yang menjadi setiausaha syarikat dan yang tidak berdaftar di bawah subseksyen (1) boleh terus bertindak sebagai setiausaha bagi syarikat itu selama tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang boleh dibenarkan oleh Pendaftar.
Selepas habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (5), seseorang yang tidak mematuhi kehendak untuk mendaftar disifatkan tidak berdaftar di bawah seksyen ini.
Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan mana-mana perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.