Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

259. Kewajipan untuk menyerah simpan penyata kewangan dan laporan dengan Pendaftar

Feedback & support
(1)

Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar bagi setiap tahun kewangan penyata kewangan dan laporan yang dikehendaki di bawah Akta ini—

(a)

dalam hal suatu syarikat persendirian, dalam masa tiga puluh hari dari penyata kewangan dan laporan itu diedarkan kepada anggotanya di bawah seksyen 258;

(b)

dalam hal suatu syarikat awam, dalam masa tiga puluh hari dari mesyuarat agung tahunannya; dan

(c)

semua amaun yang ditunjukkan dalam penyata kewangan dan laporan yang diserah simpan dengan Pendaftar hendaklah disebut harga dalam mata wang Malaysia, dan jika penyata kewangan dan laporan itu dalam bahasa yang selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, hendaklah dilampirkan bersama penyata kewangan dan laporan itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa

Inggeris yang diperakukan sebagai suatu terjemahan yang betul mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Jika suatu permohonan bagi pelanjutan dibuat sebelum habis tempoh yang disebut dalam perenggan (1)(a) atau (b), Pendaftar boleh, jika difikirkannya patut, melanjutkan tempoh itu kepada apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis pelanjutan itu.

318 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(3)

Tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “penyata kewangan dan laporan”

termasuk “penyata kewangan disatukan dan laporan” dalam hal syarikat pemegangan.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules