Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
238. Hilang kelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha
Feedback & supportSeseorang hendaklah dihilangkan kelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha jika—
dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;
dia disabitkan sama ada di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia bagi mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 198; atau
dia terhenti menjadi pemegang perakuan amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 241.
Walau apa pun subseksyen (1), jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang telah gagal untuk bertindak dengan jujur atau menggunakan usaha yang tidak wajar semasa menunaikan kewajipannya sebagai setiausaha, Pendaftar itu boleh menghendaki orang itu untuk menunjuk sebab mengapa perakuan amalannya tidak patut dibatalkan atau mengapa dia tidak patut dihilangkan kelayakan daripada bertindak sebagai setiausaha syarikat.
Jika seseorang terus bertindak sebagai setiausaha bagi suatu syarikat selepas dia dihilangkan kelayakan sedemikian di bawah seksyen ini tanpa keizinan Mahkamah, setiausaha itu dan tiap-tiap pengarah yang dengan diketahuinya membenarkan orang itu untuk bertindak atas sifat itu melakukan suatu kesalahan.
298 Undang-Undang Malaysia AKTA 777