Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
244. Pematuhan kepada piawaian perakaunan diluluskan
Feedback & supportPiawaian perakaunan diluluskan hendaklah terpakai bagi penyata kewangan syarikat atau penyata kewangan disatukan syarikat pemegangan jika, pada masa penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu disediakan, piawaian perakaunan diluluskan itu—
terpakai berhubung dengan tahun kewangan syarikat atau syarikat pemegangan yang berhubung dengan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu; dan
adalah berkaitan dengan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu.
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan Subpenggal ini, pengarah syarikat hendaklah memastikan bahawa penyata kewangan syarikat dan, jika syarikat itu ialah syarikat pemegangan yang baginya penyata kewangan disatukan dikehendaki, penyata kewangan
Syarikat 301
disatukan syarikat yang dibuat mengikut piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai dan hendaklah—
dalam hal suatu syarikat awam, diedarkan kepada anggotanya dan dibentangkan di hadapan syarikat pada mesyuarat agung tahunannya; atau
dalam hal suatu syarikat persendirian, diedarkan kepada anggotanya atau dibentangkan di hadapan syarikat pada mesyuarat anggota.
Walau apa pun subseksyen (2), pengarah syarikat atau syarikat pemegangan tidak dikehendaki untuk memastikan bahawa penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disediakan mengikut piawaian perakaunan diluluskan jika pengarah berpendapat bahawa menyediakan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan mengikut piawaian perakaunan diluluskan itu tidak akan memberikan suatu pandangan yang benar dan patut—
mengenai perkara yang dikehendaki di bawah seksyen 249
untuk dinyatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu; atau
mengenai kesan terhadap perniagaan dan keadaan hal ehwal syarikat itu dan, jika berkenaan, mengenai semua syarikat yang hal ehwalnya dinyatakan dalam penyata kewangan disatukan.
Jika penyata kewangan suatu syarikat atau penyata kewangan disatukan suatu syarikat pemegangan tidak disediakan mengikut piawaian perakaunan diluluskan yang tertentu di bawah subseksyen (3), pengarah syarikat itu hendaklah—
menzahirkan melalui suatu catatan pada penyata kewangan sebab tidak menyediakan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu mengikut piawaian perakaunan diluluskan; dan 302 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
memberikan butir-butir dalam catatan tentang kesan kewangan kuantiti pada penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu jika piawaian perakaunan diluluskan yang berkaitan dipatuhi.
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, jika penyata kewangan itu dikehendaki untuk disediakan bagi atau diserah simpan dengan pihak berkuasa yang disebut dalam seksyen 26D Akta Laporan
Kewangan 1997, penyata kewangan itu hendaklah disediakan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk pada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu.
Maklumat dalam akaun atau akaun disatukan bagi orang yang melaporkan kepada pihak berkuasa yang disebut dalam seksyen 26D
Akta Laporan Kewangan 1997 hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak Penggal ini jika penyata kewangan itu disediakan mengikut undang-undang itu.
Jika timbul apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai dengan
Akta ini mengenai pemakaiannya masing-masing bagi penyata kewangan syarikat atau penyata kewangan disatukan syarikat pemegangan, peruntukan piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai itu hendaklah dipakai.