Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
263. Juruaudit syarikat hendaklah diluluskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan
Feedback & supportMana-mana orang boleh memohon kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan untuk diluluskan sebagai juruaudit syarikat bagi maksud Akta ini.
Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa pemohon mempunyai watak baik dan berwibawa untuk melaksanakan kewajipan seorang juruaudit di bawah Akta ini, apabila fi yang ditetapkan dibayar, meluluskan pemohon itu sebagai juruaudit syarikat.
Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) boleh dibuat tertakluk pada apa-apa batasan atau syarat yang difikirkannya patut dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa olehnya melalui penyampaian suatu notis pembatalan kepada orang yang diluluskan itu.
Tiap-tiap kelulusan di bawah seksyen ini termasuklah pembaharuan kelulusan juruaudit syarikat hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh selama dua tahun selepas tarikh pengeluarannya melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri.
Menteri boleh mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang, atau kumpulan orang yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran atau pengawalan akauntan di Malaysia.
Syarikat 321
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan
Menteri atau dengan keputusan mana-mana orang atau kumpulan orang yang kepadanya Menteri telah mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini boleh merayu kepada
Mahkamah.
Bagi maksud seksyen ini,
“orang”
ertinya seorang akauntan bertauliah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Akauntan 1967 [Akta 94].