Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
471. Tindakan atau prosiding yang digantung selepas perintah penggulungan
Feedback & support(1)
Apabila suatu perintah penggulungan dibuat atau seorang penyelesai interim dilantik, tiada tindakan atau prosiding boleh diteruskan atau dimulakan terhadap syarikat kecuali dengan keizinan
Mahkamah dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam
Mahkamah yang memberikan perintah penggulungan itu dan hendaklah disampaikan kepada penyelesai.
(3)
Salinan pejabat bagi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diserah simpan oleh pemohon yang disebut dalam subseksyen 470(1) dengan Pendaftar dan dengan Pegawai
Penerima dalam masa empat belas hari dari perintah itu dibuat.