Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
470. Kuasa Mahkamah untuk menggantung atau menghalang prosiding terhadap syarikat sebelum perintah penggulungan
Feedback & supportPada bila-bila masa selepas penyerahan suatu petisyen penggulungan dan sebelum suatu perintah penggulungan dibuat, syarikat atau mana-mana pemiutang atau penyumbang boleh, jika apa-apa tindakan atau prosiding terhadap syarikat itu belum selesai, memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah untuk menggantung atau menghalang prosiding selanjutnya dalam tindakan atau prosiding itu, dan Mahkamah boleh menggantung atau menghalang tindakan atau prosiding itu dengan sewajarnya mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
540 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Pemohon hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar salinan pejabat bagi perintah dalam masa empat belas hari dari pembuatan perintah itu di bawah subseksyen (1).