Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

468. Bayaran kos permulaan oleh pempetisyen

Feedback & support
(1)

Jika seseorang, selain syarikat itu sendiri atau penyelesai, menyerahkan suatu petisyen di bawah seksyen 464 dan suatu perintah penggulungan dibuat, orang itu hendaklah atas perbelanjaannya sendiri, menjalankan segala prosiding dalam penggulungan sehingga seorang penyelesai dilantik di bawah Penggal ini.

(2)

Penyelesai hendaklah membayar balik pempetisyen daripada aset syarikat kos dicukai yang dilakukan oleh pempetisyen dalam mana-mana prosiding melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya.

(3)

Jika syarikat tidak mempunyai apa-apa aset atau aset yang tidak mencukupi, dan pada pendapat Menteri apa-apa fraud telah dilakukan oleh mana-mana orang dalam menganjurkan atau menubuhkan syarikat atau oleh mana-mana pegawai syarikat berhubung dengan syarikat sejak penubuhan, kos dicukai atau sejumlah kos dicukai yang tidak dibayar balik sedemikian boleh dibayar balik kepada pempetisyen daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud itu, dengan kebenaran yang dinyatakan oleh Menteri secara bertulis setakat suatu amaun yang tidak melebihi tiga ribu ringgit.

(4)

Jika apa-apa perintah penggulungan dibuat atas petisyen oleh syarikat atau oleh penyelesai kos yang dilakukan hendaklah, tertakluk

538 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

pada apa-apa perintah Mahkamah, dibayar daripada aset syarikat mengikut cara yang serupa seolah-olah kos itu ialah kos mana-mana pempetisyen lain.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules