Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
469. Kuasa Mahkamah setelah mendengar petisyen bagi penggulungan
Feedback & supportSetelah mendengar petisyen bagi penggulungan, Mahkamah boleh, melalui arahan—
menolak petisyen itu dengan atau tanpa kos;
menangguhkan pendengaran itu dengan syarat atau tanpa syarat; atau
membuat apa-apa perintah interim atau apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Mahkamah tidak boleh menolak untuk membuat suatu perintah penggulungan hanya atas alasan—
bahawa aset syarikat telah digadai janji sehingga suatu amaun yang bersamaan dengan atau melebihi aset itu;
bahawa syarikat tidak mempunyai aset; atau
dalam hal petisyen oleh seorang penyumbang, bahawa tiada aset yang tersedia bagi pembahagian di kalangan penyumbang itu.
Mahkamah boleh, semasa mendengar petisyen atau pada bila-bila masa atas permohonan pempetisyen, syarikat, atau mana-mana orang yang memberikan notis bahawa dia berniat untuk hadir semasa pendengaran petisyen itu—
mengarahkan supaya apa-apa notis diberikan atau apa-apa langkah diambil sebelum atau selepas pendengaran petisyen itu;
Syarikat 539
mengetepikan apa-apa notis yang diberikan atau langkah-langkah yang diambil yang dikehendaki oleh Akta ini, atau oleh kaedah-kaedah, atau oleh mana-mana perintah
Mahkamah terdahulu;
mengarahkan supaya keterangan lisan diambil mengenai petisyen itu atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan petisyen itu;
mengarahkan suatu pendengaran atau perbicaraan yang singkat tentang petisyen itu atau apa-apa persoalan atau perkara;
membenarkan petisyen itu dipinda atau ditarik balik; dan
memberikan apa-apa arahan tentang prosiding sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Jika petisyen dikemukakan atas alasan ingkar menyerah simpan laporan berkanun, Mahkamah boleh sebagai ganti membuat perintah penggulungan, mengarahkan supaya laporan berkanun itu diserah simpan dan boleh memerintahkan kos yang perlu dibayar oleh mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah, bertanggungjawab kerana keingkaran itu.