Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

467. Permulaan penggulungan oleh Mahkamah

Feedback & support
(1)

Jika sebelum penyerahan petisyen penggulungan suatu ketetapan telah diluluskan oleh syarikat bagi penggulungan sukarela, penggulungan syarikat itu hendaklah disifatkan telah bermula pada masa ketetapan itu diluluskan, dan, melainkan jika difikirkan patut oleh Mahkamah untuk mengarahkan selainnya setelah dibuktikan fraud atau kesilapan, segala prosiding yang dijalankan dalam penggulungan sukarela itu hendaklah disifatkan telah dijalankan secara sah.

(2)

Dalam apa-apa hal lain, permulaan penggulungan hendaklah pada tarikh perintah penggulungan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules