Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

474. Penyerahsimpanan perintah penggulungan

Feedback & support
(1)

Pempetisyen hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pembuatan suatu perintah penggulungan, memberitahu Pendaftar,

Pegawai Penerima dan penyelesai—

(a)

perintah dan tarikhnya; dan

(b)

nama dan alamat penyelesai.

(2)

Pempetisyen hendaklah dalam masa tujuh hari dari penerimaan salinan perintah penggulungan—

(a)

menyerah simpan suatu salinan pejabat bagi perintah dengan

Pendaftar dan dengan Pegawai Penerima;

(b)

menyebabkan suatu salinan disampaikan kepada setiausaha syarikat atau kepada mana-mana orang lain atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah;

dan

(c)

menghantar suatu salinan kepada penyelesai berserta suatu pernyataan bahawa kehendak subseksyen ini telah dipatuhi.

(3)

Seseorang pempetisyen yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu

542 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules