Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
476. Penyelesai interim
Feedback & support(1)
Mahkamah boleh melantik Pegawai Penerima atau seorang penyelesai diluluskan sebagai penyelesai interim pada bila-bila masa selepas penyerahan suatu petisyen penggulungan dan sebelum suatu perintah penggulungan dibuat.
(2)
Penyelesai interim hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala fungsi dan kuasa seorang penyelesai tertakluk pada apa-apa batasan dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah dalam perintah yang melantiknya.