Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
504. Kuasa untuk menangkap penyumbang yang melarikan diri
Feedback & supportMahkamah pada bila-bila masa sebelum atau selepas membuat suatu perintah penggulungan, setelah dibuktikan tentang sebab barangkali untuk mempercayai bahawa seseorang penyumbang, pengarah atau bekas pengarah syarikat—
566 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
berada dalam persembunyian;
telah melarikan diri;
hampir meninggalkan Malaysia atau selainnya melarikan diri;
hampir mengalihkan apa-apa hartanya; atau
hampir menyembunyikan apa-apa hartanya, bagi maksud—
mengelak pembayaran panggilan;
mengelak pemeriksaan berkenaan dengan hal ehwal syarikat;
atau
mengelak, melengahkan atau memalukan prosiding dalam penggulungan, boleh menyebabkan penyumbang, pengarah atau bekas pengarah itu ditangkap dan buku dan surat dan harta alih persendiriannya disita dan disimpan dengan selamat sehingga apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.