Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
513. Notis pelantikan dan alamat penyelesai
Feedback & supportSeseorang penyelesai atau penyelesai interim hendaklah menyerah simpan suatu notis pelantikannya, alamat pejabatnya dan apa-apa perubahan alamat dengan Pendaftar dan Pegawai Penerima mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar dalam masa empat belas hari dari pelantikan itu atau perubahan alamat itu.
Penyampaian yang dibuat dengan meninggalkan apa-apa dokumen di atau menghantarnya melalui pos yang dialamatkan ke alamat pejabat penyelesai atau penyelesai interim yang diberikan dalam mana-mana notis yang diserah simpan dengan Pendaftar
Syarikat 573
hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang baik ke atas penyelesai dan ke atas syarikat.
Seseorang penyelesai atau penyelesai interim hendaklah, dalam masa empat belas hari dari peletakan jawatannya atau pemecatannya daripada jawatan, menyerah simpan dengan Pendaftar dan dengan
Pegawai Penerima suatu notis tentang fakta itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Seseorang penyelesai atau penyelesai interim yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.