Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

514. Akaun penyelesai

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap penyelesai hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari habis tempoh enam bulan dari tarikh pelantikan penyelesai itu dan tiap-tiap tempoh enam bulan yang berikut dan dalam apa-apa hal dalam masa tiga puluh hari selepas penyelesai itu terhenti bertindak sebagai penyelesai hendaklah dengan serta-merta selepas memperoleh suatu perintah pelepasan, menyerah simpan dengan Pendaftar dan dengan Pegawai Penerima, suatu akaun tentang penerimaan dan pembayaran penyelesai itu dan suatu pernyataan tentang kedudukan dalam penggulungan dan ditentusahkan melalui akuan berkanun mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Pegawai Penerima boleh menyebabkan akaun tentang apa-apa penyelesaian diaudit oleh juruaudit syarikat diluluskan.

(3)

Bagi maksud audit yang disebut dalam subseksyen (2), penyelesai hendaklah memberi juruaudit itu apa-apa baucar dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh juruaudit itu, dan juruaudit itu boleh pada bila-bila masa menghendaki pengemukaan dan memeriksa apa-apa buku atau akaun yang disimpan oleh penyelesai.

574 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Suatu salinan akaun atau, jika diaudit, suatu salinan akaun teraudit hendaklah disimpan oleh penyelesai dan salinan itu hendaklah terbuka kepada pemeriksaan mana-mana pemiutang atau mana-mana orang yang berkepentingan di pejabat penyelesai.

(5)

Penyelesai hendaklah—

(a)

memberikan notis bahawa akaun telah disediakan kepada tiap-tiap pemiutang dan penyumbang apabila menyampaikan apa-apa laporan, notis mesyuarat, notis tentang panggilan atau dividen; dan

(b)

dalam notis itu, memberitahu pemiutang dan penyumbang alamat di mana dan tempoh masa yang akaun itu boleh diperiksa.

(6)

Kos bagi suatu audit di bawah seksyen ini hendaklah ditetapkan oleh Pegawai Penerima dan hendaklah menjadi sebahagian daripada perbelanjaan penggulungan.

(7)

Seseorang penyelesai yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules