Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
508. Aset tidak dituntut hendaklah dibayar kepada penerima hasil
Feedback & supportJika seseorang penyelesai mempunyai dalam tangannya atau di bawah kawalannya—
apa-apa dividen tidak dituntut atau wang lain yang masih tidak dituntut selama lebih daripada enam bulan dari tarikh apabila dividen atau wang lain itu menjadi kena dibayar; atau
selepas membuat pembahagian terakhir, apa-apa wang tidak dituntut atau tidak dibahagikan berbangkit daripada estet syarikat, penyelesai itu hendaklah dengan serta-merta membayar wang itu kepada Pegawai Penerima untuk disimpan dalam kredit Akaun
Penyelesaian Syarikat dan yang penerimaannya hendaklah menjadi pelepasan sebenar berkenaan dengan wang yang tidak dituntut itu.
Mahkamah boleh atas permohonan Pegawai Penerima—
memerintahkan mana-mana penyelesai supaya mengemukakan kepadanya suatu akaun apa-apa dana, dividen atau wang lain yang tidak dituntut atau tidak dibahagikan yang berada dalam tangannya atau di bawah kawalannya yang disahkan melalui afidavit dan boleh mengarahkan suatu audit ke atas akaun itu; dan
mengarahkan penyelesai itu supaya membayar wang itu kepada Pegawai Penerima untuk disimpan dalam kredit
Akaun Penyelesaian Syarikat.
Faedah atau pulangan yang terbit daripada pelaburan wang dalam kredit Akaun Penyelesaian Syarikat hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan Wang Disatukan.
Bagi maksud seksyen ini, Mahkamah boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan oleh Akta ini berkenaan dengan penzahiran dan realisasi harta syarikat dan peruntukan Akta ini berkenaan dengan penzahiran dan realisasi itu hendaklah, dengan apa-apa penyesuaian
570 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
sebagaimana yang ditetapkan, terpakai bagi prosiding di bawah seksyen ini.
Melainkan jika diperuntukkan secara nyata dalam Akta ini, seksyen ini tidak melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa hak atau remedi lain yang baginya dia berhak terhadap penyelesai atau mana-mana orang lain.
Jika mana-mana pihak menuntut membuat apa-apa tuntutan bagi apa-apa wang yang disimpan dalam kredit Akaun Penyelesaian
Syarikat, Pegawai Penerima setelah berpuas hati bahawa pihak menuntut itu merupakan tuan punya wang itu—
hendaklah membenarkan pembayaran dibuat kepada pihak menuntut itu daripada Akaun itu; atau
jika wang itu telah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan, boleh membenarkan pembayaran amaun yang sama dibuat kepada pihak menuntut itu daripada wang yang dijadikan tersedia oleh Parlimen bagi maksud itu.
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan
Pegawai Penerima berkenaan dengan suatu tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (6) boleh merayu kepada Mahkamah yang boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan itu.
Jika mana-mana wang tidak dituntut yang dibayar kepada mana-mana pihak menuntut kemudiannya dituntut oleh mana-mana orang lain, orang lain itu tidak berhak kepada apa-apa bayaran daripada
Akaun Kumpulan Wang itu di bawah subseksyen (6), tetapi boleh mengambil tindakan terhadap pihak menuntut itu yang kepadanya wang tidak dituntut itu dibayar.
Apa-apa wang tidak dituntut yang dibayar dalam kredit Akaun
Penyelesaian Syarikat setakat yang baginya wang tersebut tidak dibayar daripada Akaun itu di bawah seksyen ini hendaklah, setelah luput enam tahun dari tarikh pembayaran wang itu dalam kredit Akaun itu, dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Syarikat 571