Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

505. Pewakilan kuasa Mahkamah kepada penyelesai

Feedback & support

Peruntukan boleh dibuat melalui kaedah-kaedah yang membolehkan atau menghendaki semua atau mana-mana kuasa dan kewajipan yang diberikan dan dikenakan ke atas Mahkamah oleh

Penggal ini berkenaan dengan—

(a)

mengadakan dan menjalankan mesyuarat bagi memastikan kemahuan pemiutang dan penyumbang;

(b)

pembayaran, penghantarserahan, pemindahhakan, penyerahan atau pemindahan wang, harta, buku atau surat kepada penyelesai;

Syarikat 567

(c)

membuat panggilan dan melaraskan hak penyumbang; dan

(d)

penetapan masa yang dalamnya hutang dan tuntutan hendaklah dibuktikan, supaya dijalankan atau dilaksanakan oleh penyelesai sebagai pegawai

Mahkamah dan tertakluk pada kawalan Mahkamah, tetapi penyelesai tidak boleh, tanpa keizinan khas Mahkamah, membetulkan daftar anggota dan tidak boleh membuat apa-apa panggilan tanpa sama ada keizinan khas Mahkamah atau kebenaran jawatankuasa pemeriksaan.

Kuasa Mahkamah adalah kumulatif

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules