Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
507. Pelaburan dana lebihan dalam akaun am
Feedback & supportTertakluk pada arahan bertulis jawatankuasa pemeriksaan, atau jika tiada jawatankuasa pemeriksaan, oleh penyelesai sendiri, apabila baki tunai dalam kredit mana-mana syarikat dalam penyelesaian melebihi amaun yang diperlukan pada masa ini untuk membayar tuntutan berkenaan dengan harta syarikat, jumlah lebihan itu boleh—
dilaburkan dalam sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Malaysia; atau
disimpan secara deposit dengan faedah atau berserta pulangan dengan mana-mana bank.
Atas permohonan oleh mana-mana pemiutang yang tidak berpuas hati dengan arahan atau keputusan yang berhubungan dengan pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh mengarahkan selainnya jika difikirkannya patut.
Apa-apa faedah yang diterima berkenaan dengan pelaburan hendaklah menjadi sebahagian daripada aset syarikat.
Apabila mana-mana bahagian wang yang dilaburkan sedemikian, pada pendapat jawatankuasa pemeriksaan, atau, jika tiada jawatankuasa pemeriksaan, penyelesai, diperlukan untuk membayar apa-apa tuntutan berkenaan dengan estet syarikat, jawatankuasa pemeriksaan itu boleh mengarahkan, atau, jika tiada jawatankuasa pemeriksaan, penyelesai boleh mengaturkan penjualan atau realisasi apa-apa bahagian sekuriti yang disebut dalam perenggan (1)(a)
sebagaimana perlu.
Syarikat 569