Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

503. Kuasa untuk mengarahkan pemeriksaan awam ke atas penganjur, pengarah, dsb

Feedback & support
(1)

Seseorang penyelesai yang dilantik dalam penggulungan sesuatu syarikat boleh membuat suatu laporan kepada Mahkamah yang menyatakan bahawa, pada pendapatnya—

(a)

suatu fraud telah dilakukan;

564 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

apa-apa fakta material telah di sembunyikan oleh mana-mana orang dalam penganjuran atau penubuhan syarikat atau oleh mana-mana pegawai berhubung dengan syarikat sejak penubuhannya; atau

(c)

mana-mana pegawai syarikat tidak bertindak dengan jujur atau tekun atau bersalah atas apa-apa yang tidak sopan atau yang melulu berhubung dengan hal ehwal syarikat itu.

(2)

Selepas menimbangkan laporan di bawah subseksyen (1),

Mahkamah boleh mengarahkan—

(a)

orang atau pegawai itu, atau mana-mana orang lain yang dahulunya merupakan pegawai syarikat, termasuk mana-mana jurubank, peguam atau juruaudit, atau yang diketahui atau disyaki mempunyai dalam milikannya apa-apa harta syarikat atau dikatakan berhutang dengan syarikat; atau

(b)

mana-mana orang yang difikirkan berupaya oleh Mahkamah untuk memberikan maklumat mengenai penganjuran, penubuhan, urusan perdagangan, hal ehwal atau harta syarikat, hadir di hadapan Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan diperiksa secara terbuka tentang penganjuran atau penubuhan atau penjalanan perniagaan syarikat, atau dalam hal seseorang pegawai atau pegawai dahulu, tentang kelakuan dan urusannya sebagai pegawai syarikat.

(3)

Penyelesai dan mana-mana pemiutang atau penyumbang boleh mengambil bahagian dalam pemeriksaan sama ada dengan sendiri atau melalui peguam.

(4)

Mahkamah boleh mengemukakan atau membenarkan supaya dikemukakan apa-apa soalan kepada orang yang diperiksa sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(5)

Orang yang diperiksa hendaklah diperiksa secara bersumpah dan hendaklah menjawab semua soalan sebagaimana yang dikemukakan atau dibenarkan supaya dikemukakan kepadanya oleh

Mahkamah.

Syarikat 565

(6)

Seseorang yang diperintahkan supaya diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah, sebelum pemeriksaannya, diberikan suatu salinan laporan penyelesai.

(7)

Jika seseorang yang diarahkan supaya hadir di hadapan

Mahkamah di bawah subseksyen (2) memohon kepada Mahkamah supaya dibebaskan daripada apa-apa tuduhan yang dibuat atau dicadangkan terhadapnya, penyelesai hendaklah hadir semasa pendengaran permohonan itu dan menarik perhatian Mahkamah kepada apa-apa perkara yang didapati oleh penyelesai adalah berkaitan dan jika Mahkamah, selepas mendengar apa-apa keterangan yang diberikan atau selepas saksi-saksi dipanggil oleh penyelesai, membenarkan permohonan itu, Mahkamah boleh membenarkan apa-apa kos kepada pemohon sebagaimana yang difikirkan patut.

(8)

Nota pemeriksaan awam—

(a)

hendaklah dibuat ke dalam bentuk bertulis;

(b)

hendaklah dibaca kepada atau oleh dan ditandatangani oleh orang yang diperiksa;

(c)

boleh selepas itu digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang terhadap orang itu; dan

(d)

hendaklah terbuka kepada pemeriksaan mana-mana pemiutang atau penyumbang pada bila-bila masa yang munasabah.

(9)

Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menangguhkan pemeriksaan awam dari semasa ke semasa.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules