Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
518. Buku dan surat syarikat
Feedback & supportJika sesuatu syarikat digulung, semua buku dan surat syarikat dan penyelesai yang berkaitan dengan hal ehwal syarikat pada atau selepas permulaan penggulungan syarikat itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang kebenaran segala perkara yang direkodkan dalam buku atau surat itu berkenaan dengan penyumbang dan syarikat itu.
Apabila sesuatu syarikat telah digulung, penyelesai hendaklah memegang simpan buku dan surat yang disebut dalam subseksyen (1)
selama tempoh lima tahun dari tarikh pembubaran syarikat dan apabila habis tempoh itu, boleh membinasakan buku dan surat itu.
Walau apa pun subseksyen (2), apabila sesuatu syarikat telah digulung, buku dan surat yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibinasakan dalam tempoh lima tahun selepas pembubaran syarikat itu—
dalam hal penggulungan oleh Mahkamah, mengikut arahan
Mahkamah;
dalam hal penggulungan sukarela anggota, sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat melalui ketetapan; dan
dalam hal penggulungan sukarela pemiutang, sebagaimana yang diarahkan oleh jawatankuasa pemeriksaan, atau, jika tidak terdapat jawatankuasa sedemikian, sebagaimana yang diarahkan oleh pemiutang syarikat.
Syarikat atau penyelesai tidak bertanggungjawab kepada mana-mana orang yang mendakwa berkepentingan dalam mana-mana buku atau surat yang dibinasakan mengikut seksyen ini.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Syarikat 577