Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
512. Kuasa Pegawai Penerima jika tiada jawatankuasa pemeriksaan
Feedback & supportJika seseorang selain Pegawai Penerima menjadi penyelesai dan tidak terdapat jawatankuasa pemeriksaan, Pegawai Penerima itu boleh, atas permohonan penyelesai itu, melakukan apa-apa perbuatan atau benda atau memberikan apa-apa arahan atau kebenaran yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan atau diberikan oleh jawatankuasa pemeriksaan itu.
Jika Pegawai Penerima menjadi penyelesai dan tidak terdapat jawatankuasa pemeriksaan, Pegawai Penerima itu boleh mengikut budi bicaranya melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang dikehendaki supaya dilakukan oleh Akta ini, atau tertakluk pada apa-apa arahan atau kebenaran yang diberikan oleh jawatankuasa pemeriksaan itu.