Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
515. Penyelesai hendaklah membetulkan keingkaran
Feedback & supportJika mana-mana penyelesai yang melakukan apa-apa keingkaran dalam menyerah simpan atau membuat apa-apa permohonan, penyata, akaun atau dokumen lain, atau dalam memberikan apa-apa notis yang penyelesai itu dikehendaki oleh undang-undang supaya menyerah simpan, membuat atau memberikan, tidak membetulkan keingkaran itu dalam masa empat belas hari dari penyampaian notis yang menghendaki penyelesai itu supaya berbuat demikian,
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana penyumbang atau pemiutang syarikat atau Pegawai Penerima, membuat suatu perintah yang mengarahkan penyelesai itu supaya
Syarikat 575
membetulkan keingkaran itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa segala kos tentang dan bersampingan dengan permohonan hendaklah ditanggung oleh penyelesai.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan penalti ke atas penyelesai berkenaan dengan mana-mana keingkaran itu.