Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

510. Kawalan Mahkamah ke atas penyelesai

Feedback & support
(1)

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang pelakuan penyelesai, dan jika seseorang penyelesai itu tidak melaksanakan kewajipannya dengan betul dan tidak menuruti kehendak yang ditetapkan atau kehendak Mahkamah atau jika apa-apa aduan dibuat kepada Mahkamah oleh mana-mana pemiutang atau penyumbang atau oleh Pegawai Penerima berkenaan dengan perlakuan itu, Mahkamah hendaklah menyiasat perkara itu dan mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Pendaftar atau Pegawai Penerima boleh membuat laporan kepada Mahkamah mengenai apa-apa perkara yang pada pendapat

Pendaftar atau Pegawai Penerima itu merupakan suatu misfeasans, pengabaian atau peninggalan di pihak penyelesai dan Mahkamah boleh memerintahkan penyelesai itu supaya membayar apa-apa kerugian yang ditanggung oleh harta syarikat dan membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3)

Mahkamah boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana penyelesai supaya menjawab apa-apa pertanyaan berhubung dengan penggulungan dan boleh memeriksa penyelesai itu atau mana-mana orang lain secara bersumpah mengenai penggulungan itu dan boleh mengarahkan suatu penyiasatan dibuat tentang buku dan baucar penyelesai.

572 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules