Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

499. Pelantikan pengurus khas

Feedback & support
(1)

Penyelesai boleh, jika berpuas hati bahawa sifat estet atau perniagaan syarikat, atau kepentingan pemiutang atau penyumbang secara amnya, menghendaki pelantikan seorang pengurus khas bagi estet atau perniagaan syarikat itu selain dirinya, memohon kepada

Mahkamah untuk pelantikan seorang pengurus khas bagi estet atau perniagaan itu untuk bertindak sepanjang apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dengan apa-apa kuasa, termasuk mana-mana kuasa seorang penerima dan penerima atau pengurus sebagaimana yang diamanahkan kepada penyelesai oleh

Mahkamah.

(2)

Pengurus khas itu—

(a)

hendaklah memberikan apa-apa jaminan dan laporan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh

Mahkamah;

(b)

hendaklah menerima apa-apa saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah; dan

(c)

boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan selepas memberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada penyelesai tentang niatnya untuk meletakkan jawatan, atau atas sebab yang ditunjukkan, dipecat oleh Mahkamah.

562 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Tuntutan pemiutang dan pembahagian asset

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules