Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
497. Pembayaran wang yang kena dibayar kepada syarikat ke dalam bank yang dinamakan
Feedback & support(1)
Mahkamah boleh mengarahkan mana-mana penyumbang, pembeli atau orang lain yang daripadanya wang kena dibayar kepada syarikat supaya membayar amaun yang kena dibayar ke dalam bank yang dinamakan dalam perintah itu ke akaun penyelesai dan bukan kepada penyelesai, dan mana-mana perintah itu boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah perintah itu mengarahkan bayaran kepada penyelesai itu.
(2)
Segala wang dan sekuriti yang dibayar atau dihantar serah ke dalam mana-mana bank di bawah Penggal ini hendaklah tertakluk pada perintah Mahkamah.
Syarikat 561