Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
509. Buku dan surat hendaklah disimpan oleh penyelesai
Feedback & supportTiap-tiap penyelesai hendaklah menyimpan buku dan surat yang sepatutnya yang dalamnya penyelesai itu hendaklah menyebabkan dibuat catatan atau minit prosiding dalam mesyuarat dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditetapkan, dan mana-mana pemiutang atau penyumbang boleh, tertakluk pada kawalan Mahkamah, memeriksa buku dan surat yang sepatutnya itu dengan sendiri atau melalui ejennya.