Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
502. Kuasa untuk memanggil orang yang berkaitan dengan syarikat
Feedback & supportMahkamah boleh memanggil di hadapannya mana-mana pegawai syarikat atau orang yang diketahui atau disyaki mempunyai dalam milikannya apa-apa harta syarikat atau yang dikatakan berhutang dengan syarikat, atau mana-mana orang yang difikirkan berupaya oleh Mahkamah untuk memberikan maklumat mengenai penganjuran, penubuhan, urusan perdagangan, hal ehwal atau harta syarikat.
Mahkamah boleh memeriksa pegawai atau orang secara bersumpah mengenai perkara yang disebut dalam subseksyen (1) sama
Syarikat 563
ada secara lisan atau melalui soal siasat bertulis dan boleh mengubah pernyataan lisannya ke dalam bentuk bertulis dan menghendakinya supaya menandatangani pernyataan bertulis itu yang boleh digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang terhadap pegawai atau orang itu.
Mahkamah boleh menghendaki pegawai atau orang itu supaya mengemukakan apa-apa buku dan surat dalam jagaannya atau kuasanya yang berhubungan dengan syarikat, tetapi jika pegawai atau orang itu menuntut apa-apa lien ke atas buku atau surat itu, pengemukaan hendaklah tanpa menjejaskan lien itu, dan Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan segala persoalan yang berhubungan dengan lien itu.
Sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen ini atau seksyen 503
boleh, jika Mahkamah mengarahkan sedemikian dan tertakluk pada kaedah-kaedah yang disebut dalam seksyen 616, dijalankan di hadapan mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen yang dinamakan bagi maksud itu oleh Mahkamah, dan kuasa Mahkamah di bawah seksyen ini dan seksyen 503 boleh dijalankan oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu.
Jika mana-mana orang yang dipanggil sedemikian selepas diberikan suatu jumlah perbelanjaan yang sewajarnya bagi perbelanjaannya enggan hadir di hadapan Mahkamah pada masa yang ditetapkan tanpa mempunyai alasan yang sah di sisi undang-undang, diberitahu kepada Mahkamah pada masa persidangannya dan dibenarkan olehnya, Mahkamah boleh menyebabkan orang itu diberkas dan dibawa ke hadapan Mahkamah bagi pemeriksaan.