Seksyen 93
Ketidakbenaran atau pengesahan pengubahan oleh Mahkamah
Jika hak yang terikat dengan syer dalam mana-mana kelas syer dalam syarikat diubah, pemegang syer yang mewakili sekurang-kurangnya sepuluh peratus jumlah hak mengundi dalam kelas itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk tidak membenarkan pengubahan itu.
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengubahan itu dibuat; dan
(b)
boleh dibuat bagi pihak pemegang syer yang mewakili sekurang-kurangnya sepuluh peratus jumlah hak mengundi dalam kelas itu oleh mana-mana pemegang syer yang dilantik secara bertulis oleh semua pemegang syer dalam kelas itu.
(3)
Mahkamah hendaklah, selepas mendengar permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), membuat perintah yang berikut:
(a)
jika Mahkamah berpuas hati bahawa pengubahan itu akan memudaratkan secara tidak adil pemegang syer yang diwakili oleh pemohon itu, tidak membenarkan pengubahan itu; atau
(b)
jika Mahkamah berpuas hati bahawa pengubahan itu tidak akan memudaratkan secara tidak adil pemegang syer, mengesahkan pengubahan itu.
Syarikat 133