85. Section 85
Feedback & supportTertakluk pada perlembagaan, jika suatu syarikat mengeluarkan syer yang sama taraf dengan syer yang sedia ada mengenai hak pengundian atau pembahagian, syer itu hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada pemegang syer yang sedia ada mengikut cara yang akan, jika tawaran itu diterima, mengekalkan hak pengundian relatif dan pembahagian pemegang syer itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pemegang syer yang sedia ada dalam suatu notis dengan menyatakan bilangan syer yang ditawarkan dan tempoh masa tawaran itu yang dalamnya tawaran itu, jika tidak diterima, disifatkan sebagai ditolak.
Jika tawaran itu tidak diterima selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2), pengarah boleh melupuskan syer itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan oleh pengarah